Kecerdasan Buatan Dihasilkan Untuk Mengubah Sumber Cahaya Dalam Gambar Selepas Imej Diambil

Kecerdasan Buatan Dihasilkan Untuk Mengubah Sumber Cahaya Dalam Gambar Selepas Imej Diambil

Diterbitkan pada July 17, 2019 oleh .

Untuk mengambil gambar yang baik anda bukan sahaja perlu mempunyai kelengkapan yang baik tetapi juga sumber cahaya yang mencukupi. Anda pasti pernah ke studio fotografi dan melihat lebih dari tiga jenis lampu digunakan untuk mencahayai set. Tetapi apabila menggunakan telefon pintar ini mungkin sukar dilakukan terutamanya di luar. Sebuah kecerdasan buatan telah dihasilkan oleh penyelidik dari UC San Diego  dan Google yang membolehkan sumber cahaya dalam gambar diubah selepas imej diambil.

Kecerdasan buatan dilatih untuk melihat 18 potret individu yang diambil dari tujuh sudut kamera berbeza dan 304 sumber cahaya. Selepas dilatih, ia mampu mengubah sumber cahaya dari gambar dua dimensi yang dimasukkan untuk menghasilkan kesan cahaya (keterangan dan warna) dan bayang-bayang yang realistik. Menurut penyelidik, sebuah gambar besaiz 640×640 pixel boleh dihasilkan dalam masa 0.16 saat sahaja.

Menerusi kecerdasan buatan ini, sistem Portrait Lighthing yang digunakan di dalam iPhone XS misalnya boleh menghasilkan kesan cahaya yang lebih realistik tanpa memerlukan data imbasan wajah secara 3D. Sebarang gambar dua dimensi boleh dimanipulasi pencahayaannya dengan bebas dengan kecerdasan buatan ini.

Sumber Arxiv menerusi PetaPixel


TIPS & ULASAN