Redmi K20 Pro adalah peranti mercu pertama di bawah jenama Redmi. Ia dijana dengan Snapdragon 855, mempunyai kamera swafoto pop-naik, rekaan seksi dan juga skrin AMOLED. Peranti ini boleh dikatakan adalah pengganti Pocophone, jika Poco F2 tidak dilancarkan tahun ini.
Yesterday, we teased a special variant of the #RedmiK20Pro. Today, I'm really excited to share #RedmiK20Pro Signature Edition made of pure gold and diamond.
The making cost of this phone is ₹4,80,000 and we're making 20 special units! Would you want one? #FlagshipKiller pic.twitter.com/njdL98epHf
— Manu Kumar Jain (@manukumarjain) July 17, 2019
Sewaktu pelancaran, K20 Pro hanya mempunyai Glacier Blue, Flame Red dan Carbon Black. Terkini, Manu Kumar Jain iaitu naib pengerusi global Xiaomi telah mengicau buat Redmi K20 Pro edisi terhad. Peranti ini diperbuat daripada emas dan berlian sebenar dan dinamakan sebagai Redmi K20 Pro Signature Edition. Menurut Manu, hanya 20 set sahaja peranti akan dikeluarkan.
Harga rasmi peranti ini adalah INR480,000, iaitu sekitar RM28,737 seunit. Peranti ini dilihat hanya akan dijual di India dan jualan bermula hari ini pada 8PM. Disebabkan ia adalah terhad, saya yakin set import tidak akan dijual di Malaysia. Jika ada pun, siapa yang ingin beli?