Xiaomi hari ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru dibawah keluarga Android One mereka, iaitu Xiaomi Mi A3.
Xiaomi Mi A3 hadir dengan skrin 6.08-inci pada resolusi 720×1560 pixel, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 6GB RAM, dan pilihan storan sehingga 128GB. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4030mAh.
Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera 48-megapixel + 8MP ultra-lebar + 2MP (depth), selain kamera swafoto 32-megapixel. Menariknya juga, peranti ini menyertakan pengimbas cap jari disebalik skrin – seperti sejumlah peranti mudah-alih popular lain pada tahun ini.
Berbeza dengan beberapa peranti Xiaomi lain, Mi A3 hadir berasaskan sistem Android One, sekaligus menawarkan pengalaman Android sebenar tanpa sebarang penambahan antaramuka tambahan, selain menjanjikan kemaskini perisian yang lebih pantas berbanding kebiasaan.
Buat masa ini, Xiaomi Mi A3 hanya dilancarkan di Eropah sahaja, dan dijangka memasuki pasaran negara-negara lain tidak lama lagi.