Papan Kekunci Mekanikal Keystone Mengesan Tekanan Ketika Menaip

Papan Kekunci Mekanikal Keystone Mengesan Tekanan Ketika Menaip

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Papan kekunci mekanikal suduh digunakan sejak zaman awal perkomputeran. Bagi peminat kekunci mekanikal, alasan yang diberikan ialah ia lebih tahan lama berbanding kekunci membran. Namun begitu ia lebih bising dan kurang selesa kerana jarang ditawarkan dengan rekaan ergonomik. Keystone ialah papan kekunci mekanikal yang cuba mengubah cara anda menaip dan mengawal permainan video.

Suis yang digunakan hadir dengan sistem kesan Hall. Magnet pada suis akan mengesan tahap tekanan berbeza. Tekanan biasa boleh diprogramkan untuk menaip huruf kecil manakala tekanan lebih kuat untuk menaip huruf besar. Ketika mengawal permainan video pula. Menekan butang W dengan kuat akan membuatkan watak berlari dan tekanan biasa pula akan membuatkan watak berjalan. Dengan kata lain setiap kekunci Keystone mempunyai kemampuan mengesan input analog.

Setiap kekunci juga dilengkapi lampu LED RGB tersendiri dan butang boleh digantikan dengan butang buatan Cherry MX jika diperlukan oleh pengguna. Bagi yang berminat Keystone kini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Kicksstarter dan boleh dipesan pada harga bermula $149 (~RM 612).


TIPS & ULASAN