Xiaomi Mi A3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 31 Julai

Xiaomi Mi A3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 31 Julai

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengesahkan telefon pintar terbaru mereka, Mi A3 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Mereka menjadualkan acara pelancarannya pada 31 Julai ini.

Xiaomi Mi A3 merupakan telefon pintar berasaskan Android One, sekaligus menawarkan pengalaman Android sebenar tanpa penambahan sebarang antaramuka, selain kemaskini perisian yang lebih pantas melaluinya.

Xiaomi Mi A3

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin 6.08-inci, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut menyertakan bateri 4080mAh. Telefon pintar ini turut menggunakan tri-kamera 48-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 32-megapixel.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan telefon pintar ini, mungkin boleh nantikan sehingga penghujung bulan Julai ini dan mendapatkan set asli versi Malaysia.


TIPS & ULASAN