Oppo Reno Edisi FC Barcelona Bakal Ditawarkan Di Malaysia Menjelang Penghujung Julai 2019

Oppo Reno Edisi FC Barcelona Bakal Ditawarkan Di Malaysia Menjelang Penghujung Julai 2019

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Oppo telah pun memperkenalkan Oppo Reno Edisi FC Barcelona pada minggu ini, dan menariknya, kini pihak Oppo Malaysia turut mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk peranti berkenaan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Oppo Reno Barcelona

Menurut Oppo Malaysia, Oppo Reno Edisi FC Barcelona akan hadir ke pasaran tempatan menjelang Julai 2019 ini.

Oppo Reno Edisi FC Barcelona hadir dengan rekaan kerangka bertemakan kelab bolasepak berkenaan, beberapa gambar latar eksklusif, ikon khusus, serta nada dering khas bersama-sama dengannya.

Oppo Reno Barcelona

Spesifikasi yang ditawarkan adalah lebih kurang sama Oppo Reno 10x Zoom biasa, iaitu skrin 6-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 855, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Ia turut menggunakan kamera 48-megapixel dengan sokongan zum hibrid 10x bersama dengannya.

Buat masa ini, harga jualan edisi khas ini masih belum diumumkan lagi. Oppo Reno 10x Zoom biasa ditawarkan di Malaysia pada harga RM3399.


TIPS & ULASAN