Instagram Mengembangkan Ujian Menyorokkan Paparan Likes Pada Gambar Dan Video

Instagram Mengembangkan Ujian Menyorokkan Paparan Likes Pada Gambar Dan Video

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Ketagihan media sosial menurut sesetengah kajian adalah sama seperti ketagihan dadah. Ramai yang menagih Likes untuk membuktikan diri mereka popular di kalangan peminat. Pada April lalu Instagram menguji fungsi menyorokkan paparan Likes pada kandungan yang dimuat naik di Kanada. Hari ini ujian dikembangkan ke Australia, Brazil, Ireland, Itali, Jepun dan New Zealand.

Menerusi ujian ini paparan Likes pada setiap kandungan disorokkan secara default. Hanya pemilik akaun boleh melihat jumlah Likes yang diterima. Pengguna masih boleh memaparkannya kepada umum menerusi skrin tetapan. Menerusi ciri ini Instagram berharap pengguna boleh memfokuskan semula kepada kandungan yang dimuat naik dan bukannya jumlah Likes yang boleh diterima.


TIPS & ULASAN