Samsung Memulakan Pengeluaran Memori 12GB RAM LPDDR5

Samsung Memulakan Pengeluaran Memori 12GB RAM LPDDR5

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Samsung pada awal tahun ini telah pun memperkenalkan memori 12GB RAM LPDDR4X yang telah digunakan dibeberapa peranti. Menariknya, hari ini, Samsung turut mengumumkan penaik-tarafan untuknya, dan mengatakan mereka telah memulakan pengeluaran untuk memori 12GB RAM LPDDR5 untuk peranti mudah-alih.

Samsung 12GB RAM LPDDR5

Melalui penggunaan LPDDR5, ia menawarkan kepantasan lebih 1.3 kali berbanding generasi sebelumnya, selain pada masa yang sama lebih menjimatkan penggunaan tenaga.

Memori baru ini dijangka akan digunakan pada sejumlah peranti mercu akan datang, selain turut akan menjadikan peranti berjalan lancar pada era 5G dan pembelajaran mesin.

Pada masa yang sama, Samsung turut mengatakan mereka menjangkakan bakal hadir dengan memori 16GB RAM LPDDR5 pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN