Spotify Kini Mempunyai Hab Khas Untuk Kandung Muzik Disney

Spotify Kini Mempunyai Hab Khas Untuk Kandung Muzik Disney

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Muzik latar adalah sama penting seperti visual di dalam filem. Tanpa muzik latar yang epik John Williams, babak pertempuran Death Star tidak akan menaikkan bulu roma. Babak Captain Amerika menggabungkan Avenergs tidak akan membuatkan pawagam bertempik tanpa runut bunyi Alan Silvestri. Bagi peminat muzik filem-filem Disney, kini sebuah hab khas telah dihasilkan oleh Spotify.

Menerusi Disney Hub, terdapat beberapa senarai main Disney Hits, Disney Favorites, Disney Classics, Disney Sing-Alongs, Disney Princess, Marvel Music dan Best of Star Wars. Kesemuanya mengandungi lagu dan runut bunyi dari filem-filem di bawah payung Disney. Lebih banyak senarai main akan dihasilkan selepas ini. Walaupun diumumkan untuk pengguna di U.S., U.K., Ireland, Afrika Selatan, Kanada, Australia, and New Zealand, kami mendapati pengguna di Malaysia turut boleh mengakses Disney Hub hari ini.

Layari muzik dari filem-filem Disney menerusi Disney Hub di Spotify


TIPS & ULASAN