Amaran ‘Not designed for children’ Mula Dipaparkan Di Google Play Store

Amaran ‘Not designed for children’ Mula Dipaparkan Di Google Play Store

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Google Play Store adalah gedung aplikasi yang besar. Ia merupakan gedung aplikasi utama untuk semua peranti Android versi global. Ini bermakna, semua aplikasi daripada banyak pembangun akan tersenarai dalam Play Store – tidak kira apa jua kategori aplikasi tersebut. Bulan Mei lalu, Google mula mewajibkan semua pembangun untuk tetapkan had usia pengguna yang boleh menggunakan aplikasi mereka.

Terkini, pihak 9to5Google telah menemui yang amaran ‘Not designed for children’ telah mula dipaparkan di Play Store. Disebabkan had usia ini perlu ditetapkan oleh pembangun, jadi masih tidak banyak aplikasi yang memaparkan amaran ini. Setakat ini hanya dua aplikasi daripada Gogole sahaja – iaitu Google Voice dan Google VR Services. Had usia yang terdapat di Play Store adalah seperti imej di bawah perenggan ini.

Bagi yang risau dan tidak tahu aplikasi mana yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, anda hanya perlu tunggu sehingga 1 September ini. Ini kerana, itu adalah tarikh terakhir untuk semua aplikasi yang tersedia di Play Store menetapkan had usia.


TIPS & ULASAN