Unihertz Titan Diumumkan Dengan Rekaan Seumpama BlackBerry, Bateri 6,000 mAh

Unihertz Titan Diumumkan Dengan Rekaan Seumpama BlackBerry, Bateri 6,000 mAh

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

BlackBerry sentiasa terkenal dengan penawaran papan kekunci QWERTY pada bahagian bawah peranti mereka. Ia membolehkan pengguna merasai kekunci secara fizikal bagi memudahkan penaipan sesuatu teks dan perkataan. Rekaan seperti BlackBerry ini masih ada yang meminatinya, sehingga salah sebuah pengeluar turut membangunkan peranti dengan papan kekunci fizikal ini.

Unihertz Titan ialah peranti terkini yang ingin membawa pengalaman penggunaan BlackBerry, melalui sebuah peranti Android dengan penyertaan sejumlah fungsi moden. Rekaannya boleh dikatakan mirip seperti BlackBerry Classic dan peranti Vertu, namun menyertakan binaan yang lebih tahan lasak.

Ia membawakan paparan IPS sebesar 4.5″ 1400 x 1400 1:1, sokongan ketahanan air IP67, sensor pengimbas cap jari, NFC, dan kebolehan dwi-sim. Apa yang menarik, ia juga hadir dengan pengecasan tanpa wayar dan kapasiti bateri sebesar 6,000 mAh.

Walau bagaimanapun, Unihertz tidak menyatakan sebarang maklumat mengenai SoC, RAM, dan konfigurasi dari segi kamera buat masa ini. Peranti ini bakal memasuki Kickstarter tidak lama lagi, namun anda menempahnya pada harga serendah US$199 melalui laman web rasmi Unihertz.


TIPS & ULASAN