Google Mengesahkan Project Dragonfly Telah Dihentikan Sepenuhnya

Google Mengesahkan Project Dragonfly Telah Dihentikan Sepenuhnya

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Project Dragonfly ialah sebuah projek oleh Google untuk memasuki semula pasaran China setelah ia ditendang keluar daripada negara tersebut.

Isu terbesar mengenai Project Dragonfly ialah ia sebuah enjin pencarian yang dibina khusus mengikuti arahan kerajaan China, dimana pengguna tidak boleh mencari kandungan berkaitan kebebasan bersuara, politik, kajian akademik dan pelbagai topik-topik lain yang diharamkan oleh kerajaan China.

Sejak berita mengenai projek ini telah tersebar, pelbagai pihak, terutamanya para pekerja Google sendiri, dan kerajaan Amerika Syarikat telah memaksa Google untuk menutup projek tersebut kerana ia akan menunjukkan implikasi bahawa Google menurut arahan kerajaan yang mengekang kebebasan rakyatnya.

Google dikatakan telah menghentikan kerja keatas Project Dragonfly sejak ia tertiris ke arena web, dan melalui penyoalan oleh Badan Senat Amerika Syarikat, Karan Bhatia, Naib Presiden Bahagian Polisi Awam Google mengatakan bahawa semua kerja dibawah Project Dragonfly telah dihentikan, walaupun dia tidak memberitahu bilakah projek tersebut dihentikan.

Ini bukanlah kali pertama Google dipaksa menghentikan projek berkaitan kerajaan. Beberapa bulan lalu, Project Maven, sebuah teknologi kecerdasan buatan dron untuk Pentagon telah dihentikan kerana ramai pekerja Google meletak jawatan kerana tidak mahu membina senjata untuk kegunaan tentera.


TIPS & ULASAN