Cari @ Amanz

Antara satu sebab mengapa tragedi banji besar di Cameron Highland berlaku pada tahun 2013 ialah mendapan sedimen pada empangan Sultan Abu Bakar. Kegiatan pembersihan tanah dan pertanian di kawasan hulu sungai mengakibatkan empangan tidak dapat menampung air dan air terpaksa dilepaskan secara berperingkat. Pihak Tenaga Nasional Terpaksa melakukan kerja pengorekan mendapan secara berkala bagi mengelakkan tragedi dari berulang.

Persoalannya apakah yang boleh dilakukan dengan sedimen yang telah dikorek? Salah satu langkah yang diambil oleh pihak TNB Research ialah mengubahnya menjadi Sediment Bricks. Kajian telah dilakukan selama 22 bulan secara berperingkat sejak September 2011 sehingga Mei 2014. Batu bata sedimen yang dihasilkan didapati mempunyai daya ketahanan lebih tinggi dari bata simen. Ia melepasi ujian ketahanan api selama dua jam oleh SIRIM serta mendapat sijil kelulusan dari pihak Bomba.

Setakat ini, pusat kajian sementara Sediment Bricks ditempatkan dalam pusat pembuangan mendapan di Ringlet, Cameron Highlands. Pihak TNB Research masih belum mengkomersialkan untuk digunakan secara besar-besaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd