Google Turut Berkongsi Senarai 65 Emoji Baharu Pada Android Q

Google Turut Berkongsi Senarai 65 Emoji Baharu Pada Android Q

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Semalam kami melaporkan senarai emoji-emoji baharu yang bakal diperkenalkan pada iOS 13 sempena Hari Emoji. Pada waktu yang sama Google juga tidak ketinggalan berkongsi senarai 65 emoji sama yang akan hadir bersama kemas kini Android Q kelak.

Seperti biasa terdapat perbezaan yang ketara pada rekaan emoji Android dan iOS. Pertama sekali emoji orang utan pada Android mengangkat tangan tidak seperti di iOS. Tetapi masih terdapat persamaan pada lampu pelita Diwali dan emoji menguap. Mungkn ada yang merasakan perbezaan emoji ini tidak penting tetapi sebelum ini Android pernah dikecam kerana susunan keju pada burger yang terbalik.

Pada waktu yang sama kedua-dua Apple dan Google mengubah emoji pistol mereka tahun lalu rentetan isu serangan penembak sekolah di Amerika Syarikat. Pada hemat anda rekaan emoji sistem operasi manakah yang lebih baik?


TIPS & ULASAN