Kami sebelum ini telah melaporan mengenai perancangan Honor Malaysia untuk membawa masuk Honor 20 Pro ke pasaran tempatan, dan kini pihak Honor Malaysia sendiri telah mula mengacah kehadiran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan.
Melalui gambar acah yang dikongsikan, pihak Honor memperlihatkan keupayaan kamera yang dibawakan olehnya yang menduduki tangga kedua dalam skor DXOMark.
Honor 20 Pro menyertakan kamera 48-megapixel dibelakang yang turut dilengkapi kamera 16-megapixel ultra-lebar, 8-megapixel telefoto dan 2-megapixel makro.
Dari segi spesifikasi, ia menyertakan sokongan skrin 6.26-inci, Kirin 980, memori 8GB RAM, storan 256GB, dan bateri 4000mAh.
Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui. Mungkin ia akan dilancarkan pada awal Ogos kelak.