Oppo Dan Vivo Mengumumkan Sokongan Dual-WiFi – Sambungan Ke Dua Rangkaian WiFi Serentak

Oppo Dan Vivo Mengumumkan Sokongan Dual-WiFi – Sambungan Ke Dua Rangkaian WiFi Serentak

Diterbitkan pada July 19, 2019 oleh .

Menjadi kebiasaan di rumah kami akan menggunakan rangkai WiFi dan bukannya selular untuk melayari Internet. Tiada kuota digunakan dan pada waktu yang sama rangkaian Internet yang lebih stabil dapat dinikmati. Tetapi kadang kala sambungan WiFi di rumah boleh mengalami gangguan kerana frekuensi 5GHz tidak mencapai sesetengah ruang di rumah.

Bagi mereka yang bosan perlu bertukar ke rangkaian 2.5GHz dalam situasi begini, sistem Dual WiFi diperkenalkan. Oppo dan Vivo mengumumkan sokongan sambungan kepada dua rangkaian WiFi serentak pada telefon pintar Oppo Reno 10x Zoom dan iQoo. Dengan sambungan serentak, kelajuan muat turun boleh meningkat sehingga 322% dan masa pendam juga berkurangan. Buat masa ini hanya peranti Oppo dan Vivo mercu sahaja menyokong teknologi ini tetapi pastinya akan disokong pada peranti lain di bawah payung BBK Electronics iaitu OnePlus dan Realme.


TIPS & ULASAN