Mozilla Akan Melabelkan Semua Laman HTTP Sebagai Tidak Selamat Bermula Firefox 70

Mozilla Akan Melabelkan Semua Laman HTTP Sebagai Tidak Selamat Bermula Firefox 70

Diterbitkan pada July 19, 2019 oleh .

Beberapa pelayar web pada hari ini telah sedia memaparkan label tidak selamat atau “Not Secure” pada laman-laman yang tidak menyokong HTTPS. Kini, Mozilla turut mengumumkan perancangan sama, dan mengatakan akan memaparkan label berkenaan bermula Oktober ini kelak melalui Firefox 70.

Sebelum ini, Mozilla sedia memaparkan label “Not Secure” berkenaan pada beberapa halaman yang mempunyai borang untuk diisi atau panel log masuk. Melalui perubahan baru ini, ia akan dipaparkan pada semua halaman tanpa HTTPS, termasuk laman berita dan sebagainya.

Langkah ini sekaligus akan meningkatkan lagi penggunaan HTTPS dalam pembangunan laman web, dan menjadikan proses pelayaran pengguna lebih selamat dan terlindung.

Pada hari ini, jangkaan kasar menyasarkan sekitar 80% halaman internet yang dilayari melalui Mozilla melalui sambungan HTTPS.


TIPS & ULASAN