Cari @ Amanz

Dengan lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan, Instagram ialah antara media sosial paling popular pada waktu ini. Dengan berbilion pengguna, pastinya wujud akaun yang dibuka untuk menyebarkan perkara negatif sehingga melanggar terma dan syarat laman. Instagram hari ini mengumumkan beberapa garis panduan terbaru mengenai aktiviti yang diharamkan pada platform.

Pengguna kini akan menerima amaran dari Instagram sebelum akaun mereka dipadam selama-lamanya. Dengan amaran ini mereka akan lebih berjaga-jaga sebelum memuat naik kandung berunsur lucah, jelek, menyokong keganasan, berkaitan dadah, perkauman dan komen yang membuli. Mereka juga akan mengembangkan lagi proses rayuan kandungan yang telah dipadam. Jika rayuan berjaya dilakukan, rekod melanggar terma Instagram akan dipadamkan dari rekod mereka.

Pengenalan sistem baharu yang lebih telus ini diharap akan memudahkan pengguna mengetahui kandungan apakah yang tidak boleh dipaparkan pada Instagram di masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd