Carian
Realme 3 Pro Versi 6GB RAM Kini Ditawarkan Pada Harga RM999
July 19, 2019 Aman

Realme hari ini telah mengumumkan kemaskini harga untuk telefon pintar terbaru mereka, Realme 3 Pro. Dilancarkan pada bulan Mei 2019 lepas dengan harga RM1099, kini Realme 3 Pro versi 6GB RAM/128GB storan ditawarkan pada harga RM999.

Pada harga baru ini, ia boleh dikatakan antara peranti dengan penawaran menarik pada harganya.

Realme 3 Pro hadir dengan skrin 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 710, bateri berkapasiti 4045mAh, serta menawarkan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang 16MP + 5MP yang turut menawarkan sokongan rakaman gerak-perlahan 960fps, Ia turut menggunakan kamera swafoto 25-megapixel bersama dengannya.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan peranti Realme 3 Pro ini, boleh menyemak pengedar rasmi Realme seluruh negara, dan mendapatkannya pada harga RM999.

Komen