Oppo Reno Edisi FC Barcelona Berharga RM3999 Di Malaysia

Oppo Reno Edisi FC Barcelona Berharga RM3999 Di Malaysia

Diterbitkan pada July 19, 2019 oleh .

Lanjutan daripada semalam, hari ini Oppo Malaysia telah mengumumkan harga jualan rasmi untuk Oppo Reno FC Barcelona di Malaysia. Ia akan membawakan tanda harga RM3999, dan boleh didapati bermula 26 Julai 2019 ini.

Oppo Reno FC Barcelona adalah variasi Oppo Reno 10x Zoom yang hadir bertemakan pasukan bola sepak popular, Barcelona FC.

Oppo Reno Barcelona FC

Selain penawaran sokongan zum hibrid 10x melaluinya, cip Snapdragon 855, serta pelbagai penawaran lebih kurang sama versi Oppo Reno 10x Zoom, pihak Oppo turut menyertakan sejumlah kandungan khas bersama-sama dengannya – termasuk kerangka khusus, rekaan tema telefon khas, nada dering eksklusif dan beberapa yang lain.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini melalui kedai Oppo Concept Store atau laman atas-talian Lazada dan Shopee. Mereka yang membuat pra-tempahan turut akan menerima beberapa hadiah percuma seperti O-Free Earphone dan beg Barca.


TIPS & ULASAN