Realme 2 Pro Dan Realme C1 Tidak Akan Menyokong Android Q

Realme 2 Pro Dan Realme C1 Tidak Akan Menyokong Android Q

Diterbitkan pada July 19, 2019 oleh .

Realme 2 Pro dan Realme C1 adalah dua peranti kelas pertengahan daripada Realme. Realme ini pula adalah sub-jenama kepada Oppo, oleh yang demikian peranti mereka menjalankan ColorOS sama seperti mana-mana peranti Oppo. Walaupun Realme 2 Pro dan Realme C1 adalah kelas pertengahan, kedua-dua peranti ini mempunyai fokus yang tersendiri.

Terbaru, wakil dari komuniti Realme telah berkongsi akan perkembangan dan kemaskini buat peranti Realme 2 Pro, C1 dan peranti Realme akan datang.

1. Digital Wellbeing & Mod Tema Gelap

Kemaskini akan datang buat Realme 2 Pro, Realme akan membawakan sokongan Digital Wellbeing – iaitu fungsi memantau penggunaan peranti dan boleh mengehadkan tahap penggunaan agar pengguna tidak ketagih. Kemudian, sokongan tema gelap turut akan diperkenalkan, kemampuan mengubah font dan juga sokongan memaparkan SOT pada bahagian bateri.

2. Chroma Boost & Nightscape Pada Realme C1

Realme 3 adalah siri pertama daripada Realme yang memperkenalkan mod kamera Chroma Boost (seakan HDR+) dan Nightscape (mod malam). Realme 3 dan Realme 3 Pro adalah dua peranti utama Realme, sebelum Realme X diperkenalkan. Jadi kelebihan akan berpihak kepada siri utama peranti mereka sahaja dan Realme C1 tidak akan diberikan sokongan mod kamera ini.

3. Kawalan Tatal Pada Pengimbas Cap Jari Realme 2 Pro

Seperti peranti banyak peranti Android lain, sudah banyak yang menyokong kawalan tatal pada pengimbas cap jari untuk mengakses talam notifikasi. Sayang sekali, ia tidak akan disertakan kepada Realme 2 Pro.

4. LED  Notifikasi Dan USB-C?

Disebabkan USB-C adalah masa hadapan untuk pengecasan, akan datang peranti Realme akan hadir dengan port USB-C. Untuk lampu LED notifikasi pula, ya memang ramai yang menginginkannya. Tetapi untuk menjadikan peranti itu nirbingkai dan pengalaman penggunaan lebih imersif – ia terpaksa dikorbankan. Oleh itu, sokongan Always-On Display akan diperkenalkan untuk peranti akan datang.

5. Android Q Untuk Realme 2 Pro dan Realme C1?

Dukacita dimaklumkan, sistem operasi baharu Google ini tidak akan diedarkan kepada Realme 2 Pro dan Realme C1.


Bagi yang masih menggunakan peranti Realme C1 dan Realme 2 Pro, ada berita gembira dan berita sedih. Jadi usah risau, ada sebab kenapa dua peranti ini dijual pada harga yang sangat mampu milik, ada pengorbanannya yang peru kita hadapi – jika dibandingkan dengan peranti lebih mahal.


TIPS & ULASAN