Siapa sangka peranti Android selepas 3 tahun masih menerima kemaksini utama sistem operasi. Kebiasaannya pengeluar hanya menjanjikan kemaskini utama selama 2 tahun sahaja. Peranti ini adalah OnePlus 3 dan 3T. Kedua-dua peranti ini dilancarkan pada tahun 2016 dengan Android Marshmallow dan hari ini kedua-dua peranti ini menerima kemaskini rasmi dan stabil Android Pie.
Ini bermakna, peranti ini sudah menerima sebanyak merasai 4 generasi sistem operasi Android. Dari Marshmallow, Nougat, Oreo dan kini Pie. Versi kemaskini adalah OxygenOS 9.0.3 dan segala senarai kemaskini adalah seperti berikut;
Log perubahan:
- Sistem
- Kemaskini Android 9.0 Pie
- Antaramuka serbah baharu
- Kemaskini tampalan sekuriti April 2019
- Mod Do Not Disturb
- Masa penetapan Do Not Disturb kini boleh ditetapkan.
- Mod Gaming 3.0
- Memaparkan notifikasi sebagai teks terapung.
- Sokongan notifikasi untuk panggilan daripada aplikasi pihak ketiga
- Telefoni
- Aplikasi panggilan telefon kini menyokong Google Duo.
- Kamera
- Sokongan Google Lens ditambah
- Sistem
- Penambahbaikan pepijat dan lain-lain
Bagi yang masih menggunakan OnePlus 3 dan 3T dan sudah malas menggunakan custom ROM, anda boleh kemaskini terus kepada OxygenOS 9.0.3 ini. Ia boleh dikemaskini secara OTA atau juga manual. Ada kemungkinan besar, ini adalah kemaskini utama terakhir buat kedua-dua peranti ini.