Android Q DP 3 Untuk OnePlus 6/6T/7/7 Pro Membawakan Antaramuka HydrogenOS

Android Q DP 3 Untuk OnePlus 6/6T/7/7 Pro Membawakan Antaramuka HydrogenOS

Diterbitkan pada July 19, 2019 oleh .

OnePlus 6/6T/7/7 Pro adalah empat peranti OnePlus yang turut menerima sokongan kemaskini Android Q Beta daripada Google. Tetapi sistem operasi percubaan ini telah OnePlus olah sedikit agar ia sesuai digunakan pada peranti mereka. Versi Android Q pada OnePlus bukannya berasaskan OxygenOS, tetapi hampir seakan Android asli – cuma lebih bosan.

Terkini, OnePlus telah mula mengedarkan Android Q DP3 kepada keempat-empat peranti ini. Akhirnya, ia bukan lagi berasaskan Android asli – tetapi mempunyai antaramuka OnePlus tersendiri. Versi Android Q kali ini adalah berasaskan HydrogenOS (OxygenOS untuk pasaran China), jadi ia tidak begitu bosan dan mempunyai banyak ciri dan pilihan kustomasi.

Seperti biasa, disebabkan ini adalah versi beta jadi akan ada banyak pepijat. Walaupun ada banyak pepijat, berdasarkan pengguna di forum rasmi – ia berjalan dengan lancar sahaja. Cuma beberapa pepijat yang ditemui adalah sokongan aplikasi bermasalah dan pengecaman wajah untuk nyahkunci kurang stabil. Versi kali ini pula disebabkan ia berasaskan HydrogenOS, peranti akan dipadam dengan bersih selepas kemaskini.

Muat Turun Android Q DP 3 Untuk OnePlus 6/6T/7/7 Pro


TIPS & ULASAN