Cari @ Amanz

Pampers merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena lampin. Terbaru, Pampers hadir dengan sebuah sistem pemantauan bayi pintar yang menggunakan beberapa peranti dan sensor, dinamakan Lumi.

Melalui Lumi, ia merupakan sebuah sistem khusus yang mengabungkan penggunaan kamera pintar, selain sebuah sensor khusus pada lampin dalam memastikan bayi sentiasa dalam keadaan baik. Sebuah aplikasi khusus turut disertakan untuk mencatatkan data, dan memudahkan pemantauan oleh ibu bapa.

Pampers Lumi

Sensor khusus berkenaan boleh dilekapkan pada lampin bayi sedia ada, dan membolehkan ia memantau aktiviti tidur bayi, selain kelembapan pada lampin bayi.

Semua data ini bukan sahaja memudahkan pemantauan oleh ibu bapa, tetapi juga berguna apabila para ibu bapa ingin bertemu doktor berkenaan perkembangan bayi mereka.

Buat masa ini, Pampers belum mengumumkan harga jualannya lagi. Pampers dijangka menawarkan sistem Lumi ini dengan sebuah sistem berasaskan langganan kepada para ibu bapa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd