Cari @ Amanz

Sony pada tahun 2015 telah melancarkan Xperia Z5 Premium iaitu telefon pertama di dunia dengan paparan 4K. Kini, mereka dilaporkan sedang membangunkan sebuah telefon dengan paparan 5K, sekaligus bakal menjadi telefon pertama di dunia dengan menyertakan resolusi setinggi ini.

Xperia 1R dijangka akan menyertakan resolusi 5,040 x 2,160, melalui nisbah skrin seumpama Xperia 1 iaitu 21:9. Telefon ini dijangka akan membawaka paparan 6.1-inci, sekaligus memberi ketumpatan piksel setinggi 899 ppi. Sebagai perbandingan, telefon seperti Huawei P30 Pro hadir dengan 398 ppi, sementara Samsung Galaxy S10+ mempunyai ketumpatan piksel setinggi 522 ppi.

Selain daripada skrin 5K, telefon ini dilaporkan akan dijana dengan cip Snapdragon 855 Plus, iaitu cip paling berkuasa untuk peranti Android tahun ini. Ia juga dijangka akan menyertakan konfigurasi 6GB RAM / 128GB dan 8GB RAM / 256GB, namun baterinya dikatakan hanya akan hadir dengan kapasiti 3,200 mAh sahaja. Namun spesifikasi ini masih diperingkat ura-ura dan mungkin terdapat perubahan apabila ia dilancarkan kelak.

Sony Xperia 1R dijangka akan diperkenalkan seawal September ini melalui acara IFA 2019 di Berlin. Sekiranya ia berjaya dilancarkan, ia mungkin akan ditawarkan sekitar Oktober dan pastinya akan membawa harga yang lebih mahal berbanding Xperia 1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd