Vivo S1 Akan Dijual Pada Harga RM1099 Di Malaysia

Vivo S1 Akan Dijual Pada Harga RM1099 Di Malaysia

Diterbitkan pada July 20, 2019 oleh .

Vivo Malaysia kini telah mengesahkan yang mana Vivo S1 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Julai 2019 kelak. Peranti berkenaan telah boleh dipra-tempah dengan deposit RM50 bermula hari ini, dan ia dijangka dijual bermula 27 Julai 2019 kelak. Vivo mengatakan harga jualan untuk peranti berkenaan di Malaysia adalah RM1099.

Vivo S1

Vivo S1 hadir dengan skrin bersaiz 6.38-inci, menyertakan pengimbas cap jari pada skrin, dijana bateri 4500mAh, dan kamera swafoto 32-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah sokongan pengecasan pantas, dan tri-kamera dibelakang.

Melalui penyenaraian di laman edagang tempatan, ia memperlihatkan dijana cip MediaTek MT6768, memori 4GB RAM dan storan 128GB. Untuk kamera belakang, ia menggunakan gabungan kamera 16MP + 8MP + 5MP.

Vivo dijangka berkongsi penawaran penuh peranti ini pada pelancarannya di Malaysia pada 24 Julai 2019 ini.


TIPS & ULASAN