Airbus Memperlihatkan Konsep Pesawat Bird of Prey Yang Mirip Seekor Burung Helang

Airbus Memperlihatkan Konsep Pesawat Bird of Prey Yang Mirip Seekor Burung Helang

Diterbitkan pada July 21, 2019 oleh .

Sejak zaman awal manusia wujud di dunia mereka bermimpi untuk terbang seperti burung di angkasa. Mitos Icarus menceritakan manusia yang terbang dengan sayap burung terkorban apabila pergi terlalu hampir ke matahari. Burung helang kini dijadikan inspirasi oleh Airbus dengan rekaan konsep Bird of Prey mereka.

Bird of Prey ialah konsep untuk pesawat elektrik di masa hadapan. Sayap pesawat mempunyai bulu pelepah pada hujung sayap yang bergerak dengan bebas. Setiap “bulu pelepah” di hujung sayap ini boleh dikawal bagi memberikan profil sayap yang berbeza. Ini mungkin jawapan Airbus kepada rekaan sayap Boeing 777-9X yang boleh dilipat ketika di lapangan terbang dan dibuka bagi mengurangkan penggunaan bahan api di udara.

Sebelum ini konsep hujung sayap yang bergerak bebas diuji oleh Airbus bagi mengurangkan beban struktur sayap jika pesawat terbang menerusi kawasan udara bergolak. Airbus berkata menerusi projek A350 XWB, mereka menyedari alam semula jadi memberikan banyak inspirasi untuk rekaan pesawat masa hadapan yang lebih lestari.


TIPS & ULASAN