Cari @ Amanz

Baru-baru ini, syarikat sekuriti Avast telah menemui sejumlah aplikasi hasad di Google Play Store, dimana aplikasi berkenaan didapati mencuri maklumat pengguna, selain mengintip aktiviti pengguna.

Selari dengannya, pihak Google telah pun membuang sebanyak tujuh aplikasi berkenaan daripada Google Play Store. Namun, mungkin terdapat beberapa pengguna yang masih mempunyai aplikasi berkenaan terpasang, dan kini PDRM turut memberi peringatan untuk membuangnya.

Aplikasi yang terlibat adalah Track Employees Check Work Phone Online Spy Free, Spy Kids Tracker, Phone Cell Tracker, Mobile Tracking, Spy Tracker, SMS Tracker, Employee Work Spy.

Daripada apa yang diketahui, aplikasi berkenaan mampu mencuri buku alamat telefon pada peranti pengguna, mengakses mesej, log sejarah panggilan, menjejak lokasi pengguna, dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai aplikasi berkenaan, anda diminta untuk nyah-pasangnya secepat mungkin, dan mengelak daripada menjadi mangsa perisian hasad berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd