Carian
Respons Rakyat Memudahkan Anda Membuat Aduan Kepada Pihak Berkuasa
July 22, 2019 Aman

Terdapat beberapa kaedah dalam membuat aduan kepada pihak kerajaan. Kini, dalam usaha memudahkannya lagi, pihak Biro Pengaduan Awam telah hadir dengan kemaskini aplikasi Respons Rakyat – sekaligus memudahkan lagi pengguna menghantar maklumbalas kepada pihak berkuasa.

Respons Rakyat

Melalui versi baru aplikasi ini, ia memudahkan lagi proses menghantar aduan, selain menyertakan antaramuka yang dikemaskini. Pengguna juga kini boleh menghantar aduan dalam bentuk audio dan juga video, dan tidak terhad kepada teks dan gambar sahaja seperti sebelum ini.

Dengan adanya aplikasi ini, ia memudahkan pengguna untuk menghantar aduan kepada sekitar 460 agensi kerajaan dengan hanya satu aplikasi sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini di Android dan iPhone hari ini.

Komen