Cari @ Amanz

Fungsi Fast Pair diperkenalkan pada peranti Android pada tahun 2017. Ia memudahkan proses tambatan aksesori audio bluetooth bagi menyamai fungsi yang ditemui pada peranti iOS. Beberapa ciri baharu telah diumumkan oleh Google pada Android Q yang membolehkan Fast Pair digunakan untuk mencari kedudukan aksesori apabila hilang serta mengetahui tahap pengecasan aksesori serta pod pengecas secara terbina.

Pada waktu ini Android hanya boleh memaparkan tahap bateri aksesori yang ditambat secara bluetooth tetapi tidak pod pengecas. Pada waktu yang sama tahap bateri pada dua fon telinga berbeza tidak ditunjukkan. Dengan ciri True Wireless Features pada Fast Pair tahap bateri ketiga-tiga aksesori akan dipaparkan pada skrin.

Peranti audio yang ditambat juga boleh dikesan menerusi ciri Find My Device. Pengguna boleh melihat kedudukan terakhir peranti serta membunyikan penggera bagi memudahkan proses mencari sekiranya ia hilang. Akhir sekali pelbagai tetapan lain aksesori audio seperti equaliser tetapan Assistant juga akan dipaparkan pada telefon pintar.

Buat masa ini sebanyak 10 aksesori audio yang disahkan menyokong Fast Pair dan senarai lengkapnya adalah seperti di bawah.

  1. Anker Spirit Pro GVA
  2. Anker SoundCore Flare+ (Speaker)
  3. JBL Live 220BT
  4. JBL Live 400BT
  5. JBL Live 500BT
  6. JBL Live 650BT
  7. Jaybird Tarah
  8. 1More Dual Driver BT ANC
  9. LG HBS-SL5
  10. LG HBS-PL6S
  11. LG HBS-SL6S
  12. LG HBS-PL5
  13. Cleer Ally Plus
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd