Cari @ Amanz

Skrin komputer dengan sokongan stylus Wacom adalah aksesori yang menjadi idaman kebanyakan pereka grafik. Dengan skrin Wacom, hasil seni dapat dilakar terus pada skrin gergasi sama seperti yang boleh dilakukan pada telefon pintar dan tablet. Wacom Cintiq 22 telahpun dilancarkan hujung minggu lalu sebagai skrin komputer dengan sokongan stylus yang mampu milik.

Ia hadir dengan skrin sebesar 21.5″ beresolusi HD penuh yang mampu memaparkan sehingga 72% warna NTSC. Ia menyokong stylus Wacom Pro Pen 2 yang mampu mengesan 8192 tahap tekanan pada skrin. Kerana ia menggunakan teknologi EMR Wacom, stylus ini tidak memerlukan sebarang bateri untuk berfungsi membolehkan pengguna melakar tanpa had.

Sebuah tongkat yang disertakan pada bahagian belakang membolehkan Cintiq 22 dibaringkan dari di antara 16-82 darjah. Sebuah dermaga untuk stylus disertakan begitu juga tempat simpanan pada bahagian kanan skrin. Bagi pengguna yang lebih profesional, terdapat juga sokongan aksesori ExpressKey yang dijual berasingan. Bagi yang berminat Wacom Cintiq 22 dijual pada harga $1200 (~RM 4697), Ia mungkin kelihatan seperti mahal tetapi masih lebih mampu milik berbanding Wacom Cintiq Pro 24 yang dijual pada harga bermula $1999 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd