Cari @ Amanz

Redmi kini beroperasi sebagai sub-jenama Xiaomi, telah pun sedia hadir dengan beberapa peranti yang menarik. Terbaru, mereka turut telah mula mengacah kehadiran sebuah telefon pintar baru menggunakan kamera 64-megapixel.

Redmi 64MP

Buat masa ini, info penuh mengenai telefon pintar berkenaan masih tidak diketahui lagi. Jikalau mengikut trend sebelum ini, berkemungkinan ia akan menawarkan kebolehan rakaman gambar pada resolusi 16-megapixel, dengan pilihan 64-megapixel yang perlu ditetapkan secara manual.

Sebelum ini, Samsung telah pun mengumumkan penawaran sensor 64-megapixel daripada mereka yang dijangka ditawarkan pada pelbagai peranti dalam bulan-bulan akan datang. Berkemungkinan besar, kita akan melihat Redmi menggunakan sensor daripada Samsung ini pada telefon pintar mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai telefon pintar terbaru Redmi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd