Peranti bawah siri Mate 30 Pro akan dilancarkan sekitar Oktober tetapi rekaan salah satu peranti telahpun tertiris. Imej di bawah ialah rekaan untuk Huawei Mate 30 Lite yang turut dipercayai akan dipasarkan di China sebagai Huawei Nova 5i Pro.
Dari spesifikasi yang turut tertiris ialah ia dilengkapi skrin 6.26″ dengan lubang kamera, dijana cip Kirin 810, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 48+8+2+2 Megapixel dan bateri sebesar 3900 mAh. Nampaknya pada tahun 2016, peranti kelas pertengahan Huawei juga akan dilengkapi sistem empat kamera seperti yang dilakukan oleh Samsung menerusi Galaxy A9 tahun lalu.
Mate 30 Lite mengitar semula rekaan Mate 20 X cuma tanpa takuk besar pada skrin hadapan dengan imbasan wajah 3D. Skrin juga rata tidak melengkung pada sisi dan tidak mempunyai sistem pengimbas cap jari bawah skrin.