Microsoft Membuat Pelaburan RM 4.12 Bilion Pada OpenAI

Microsoft Membuat Pelaburan RM 4.12 Bilion Pada OpenAI

Diterbitkan pada July 23, 2019 oleh .

Adalah dipercayai negara yang mempunyai kelebihan dalam pembangunan kecerdasan buatan akan menjadi kuasa besar di masa hadapan. Tidak mengejutkan China, Rusia dan Amerika Syarikat kini melabur ke dalam pembangunan teknologi ini bagi mengekalkan status semasa mereka. Microsoft hari ini telah mengumumkan pelaburan bernilai $1 bilion (~RM 4.12 bilion) pada syarikat kecerdasan OpenAI.

Menerusi pelaburan ini kedua-dua syarikat akan bekerjasama membangunkan teknologi adikomputer bekecerdasan buatan pada perkhidmatan pengkomputeran awanan Micorosfot Azure. Dengan pelaburan ini OpenAI berharap impian membangunkan kecerdasan umum buatan (artificial general intelligence) ataupun AGI akan menjadi realiti. AGI ialah kecerdasan buatan yang boleh menguasai subjek juga lebih baik berbanding manusia terbaik dan menguasai lebih banyak bidang daripada mana-mana manusia.

OpenAI telah beroperasi sejak 2015 bagi membangunkan kecerdasan buatan yang boleh melakukan tugasan sebaik manusia. Ia mula dikenali selepas berjaya mengalahkan pemain Dota 2 profesional secara berseorangan dan berkumpulan.


TIPS & ULASAN