Apple Menawarkan Kemaskini iOS 9.3.6 & 10.3.4 – Menambah Baik Prestasi GPS Pada iPhone 4S, iPhone 5, iPad 2

Apple Menawarkan Kemaskini iOS 9.3.6 & 10.3.4 – Menambah Baik Prestasi GPS Pada iPhone 4S, iPhone 5, iPad 2

Diterbitkan pada July 23, 2019 oleh .

Walaupun Apple tidak lagi menyokong iPhone 5 dan iPhone 4S, mereka masih lagi menawarkan kemaskini secara khas untuk membaiki beberapa isu utama. Pada hari ini, mereka telah hadir dengan kemaskini iOS 9.3.6 dan iOS 10.3.4 untuk sejumlah peranti usang daripada mereka.

Kedua-dua kemaskini ini dilihat ingin membaiki isu prestasi GPS yang mana dapat memberi impak kepada sistem penjejakan lokasi. Kemaskini ini juga dapat membaiki pepijat yang menyebabkan bacaan jam pada peranti kelihatan kurang tepat.

Apple pada sebelum ini pernah melakukan perkara yang serupa pada iPhone 3GS sewaktu 2014 – dengan memberikan kemaskini iOS 6.1.6 walaupun peranti ini telah lama ditamatkan. Kemaskini ini membaiki pepijat ketika mengesahkan sambungan SSL, yang mana terdedah dengan isu sekuriti sekiranya ia tidak dibaik pulih oleh Apple.

Kemaskini iOS 9.3.6 telah ditawarkan secara khas bagi peranti iPhone 4S, dan sejumlah model iPad selular seperti iPad 2, iPad (Gen-3), dan iPad mini. Bagi iOS 10.3.4 pula, ia boleh dimuat-turun oleh pengguna iPhone 5 dan model iPad (Gen-4) yang mempunyai sokongan selular. Anda boleh memuat-turunnya menerusi iTunes atau melalui peranti anda dengan menuju ke halaman Settings > General > Software Update.


TIPS & ULASAN