Cari @ Amanz

Dengan lebih 2 bilion pengguna aktif bulanan, WhatsApp ialah antara aplikasi yang paling popular digunakan. Ia adalah mod perhubungan yang mungkin paling mudah digunakan merentasi platform. Jumlah pengguna aplikasi pemesejan ini akan bertambah lagi dengan sokongan rasmi untuk kesemua peranti dengan sistem operasi KaiOS.

KaiOS ialah sistem operasi yang digunakan pada telefon selular tidak pintar yang dijual pada harga amat mampu milik dengan 100 juta pengguna di seluruh dunia. Sebelum ini aplikasi WhatsApp yang disokong pada sebilangan kecil peranti KaiOS seperti Nokia 8110 4G dan JioPhone. Aplikasi boleh dimuat turun menerusi KaiStore pada peranti yang mempunyai sekurang-kurangnya 256MB RAM. Senarai 12 peranti KaiOS yang boleh menggunakan WhatsApp adalah seperti di bawah.

  1. Alcatel Go Flip 2
  2. Cat B35
  3. Doro 7050 and 7060
  4. JioPhone (Reliance Jio)
  5. JioPhone 2 (Reliance Jio)
  6. MaxCom 241
  7. MTN Smart
  8. Multilaser ZAPP
  9. Nokia 8110 (HMD Global)
  10. Orange Sanza
  11. Positivo P70S
  12. WizPhone WP006
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd