AiPortraits Mengubah Swafoto Anda Menjadi Seakan Lukisan Potret Klasik

AiPortraits Mengubah Swafoto Anda Menjadi Seakan Lukisan Potret Klasik

Diterbitkan pada July 23, 2019 oleh .

Lebih tiga ratus tahun yang lalu, hanya golongan bangsawan berkemampuan mempunyai potret peribadi yang dihasilkan oleh artis menggunakan teknik catan minyak. Artis seperti Carravagio dan Rembrandt cukup terkenal dengan teknik catan realistik mereka yang kini bernilai jutaan ringgit. Tetapi kini anda boleh menghasilkan lukisan potret klasik peribadi dengan hanya menggunakan kecerdasan buatan.

Ai Portraits ialah kecerdasan buatan yang boleh mengubah swafoto untuk kelihatan seperti sebuah lukisan potret klasik yang dihasilkan oleh old masters. Sebuah GAN (Generative Adversarial Network ) telah dilatih untuk melihat 45,000 lukisan klasik. Ia kini mampu mengubah sebarang foto untuk meniru gaya lukisan klasik. Kecerdasan buatan ini dibangunkan oleh penyelidik dari MIT-IBM Watson AI Lab.

Anda boleh memuat naik gambar ke laman AiPortraits untuk menghasilkan potret klasik peribadi. Bagi yang risau tentang privasi, pihak Ai Portraits akan memuat naik gambar ke pelayan mereka untuk diproses dan ia kemudian akan dipadam.


TIPS & ULASAN