Apple Watch Dengan Skrin MikroLED Mungkin Akan Dilancarkan Pada Tahun 2020

Apple Watch Dengan Skrin MikroLED Mungkin Akan Dilancarkan Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada July 23, 2019 oleh .

Apple Watch antara peranti Apple yang terawal dalam menggunakan teknologi skrin OLED. Ia kemudiannya telah diberi penambah baikan pada Series 2, yang mana dapat memberi keterangan skrin pada 1000 nit. Untuk menawarkan paparan yang lebih baik lagi, Apple telah bercadang untuk menggunakan teknologi Mikro LED pada Apple Watch keluaran 2020.

Menurut sebuah laman daripada China, Economic Daily News, Apple akan menggunakan skrin mikroLED ini untuk menggantikan paparan OLED yang dibangunkan oleh LG Display. Perkara ini bertepatan dengan laporan DigiTimes, yang mana Apple akan bekerjasama dengan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) untuk membangunkan paparan mikroLED ini.

Apple Watch Series 4

Melalui penggunaan mikroLED, Apple Watch generasi akan datang dapat menikmati kadar kecerahan skrin yang lebih terang, selain dapat menjimatkan penggunaan bateri. Penggunaan paparan mikroLED juga dapat menjimatkan ruang, sekaligus membolehkan Apple menghasilkan model Apple Watch yang lebih nipis.

Selain Apple Watch, paparan mikroLED juga dijangka akan hadir pada iPhone, walau bagaimanapun ia hanya akan dilancarkan seawal 2021. Namun dengan minat Apple terhadap penggunaan panel ini, pengguna bakal menikmati paparan yang lebih terang dan efisien berbanding paparan OLED yang ada pada hari ini.


TIPS & ULASAN