OnePlus Menguji ‘Game Space’ Sebagai Hab Permua Seakan Google Play Games

OnePlus Menguji ‘Game Space’ Sebagai Hab Permua Seakan Google Play Games

Diterbitkan pada July 23, 2019 oleh .

OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro adalah dua peranti pertama OnePlus yang mempunyai mod permua serba baharu – mod Fnatic. Walaupun mod permua baharu telah hadir dalam pada peranti OnePlus, ia masih lagi mempunyai fungsi dan tetapan yang terhad. Terkini dalam OxygenOS Beta Android Q, mod permua ini telah dikemaskini.

Ia kini dinamakan sebagai ‘Game Space’, yang mana bukan lagi berfungsi sebagai mod permua untuk meningkatkan prestasi peranti – tetapi turut berfungsi sebagai hab semua dalam satu untuk permua. Ia boleh dikatakan adalah sebagai Google Play Games versi OnePlus. Pengguna boleh melancarkan permua melalui Game Space dan ia turut mempunyai status jumlah masa yang telah dimainkan.

Apa yang menarik dengan Game Space OnePlus ini adalah, ia boleh dipasang pada peranti OnePlus yang menjalankan OxygenOS 9.5 ke atas. Ia tidak terhad kepada Android Q sahaja.



Paling Popular