\Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) hari berkongsi melalui laman sosial mereka, memperingatkan yang mana mereka yang terlibat dalam mengendali dron atau UAV di Malaysia untuk menjalani Tapisan Keselamatan Individu oleh Polis DiRaja Malaysia.
Dengan adanya Tapisan Keselamatan Individu ini, ia sekaligus akan membolehkan pihak JUPEM, CAAM, PDRM dan juga ATM untuk memberikan kelulusan pengambaran udara bersyarat, serta kelulusan untuk penerbangan tanpa halangan. Pada masa yang sama, ini juga adalah diperlukan untuk memastikan keselamatan orang ramai, selain kawalan penerbangan dapat dilakukan dengan baik.
Melalui maklumbalas media sosial, pihak JUPEM turut mengatakan yang mana dron yang mempunyai kamera perlu membuat tapisan keselamatan dan permit dari JUPEM — walaupun sekadar hobi atau rekreasi.