#GrabDurian Kembali Pada Penghujung Minggu ini – Menawarkan Musang King Pada Harga RM20/kg

#GrabDurian Kembali Pada Penghujung Minggu ini – Menawarkan Musang King Pada Harga RM20/kg

Diterbitkan pada July 23, 2019 oleh .

Grab sedia menawarkan promosi #GrabDurian sejak beberapa tahun lepas, dan untuk 2019, kini ia kembali dari tarikh 26 Julai hingga 28 Julai 2019 ini.

Melalui promosi selama tiga hari ini, ia akan menawarkan kemudahan untuk pengguna menikmati buah D=durian Musang King di kedai Durian SS2 pada harga RM20/kg. Harga diskaun ini ditawarkan untuk pembayaran melalui GrabPay.

Selain itu, Grab juga menawarkan kemudahan untuk membuat tempahan Musang King terus ke rumah anda melalui GrabFood pada harga istimewa RM20/300g (tanpa kulit). Harga istimewa ini boleh dinikmati dengan menggunakan kod GRABDURIAN dengan perbelanjaan minima RM40. Tempahan melalui GrabFood ini dilihat meliputi kawasan Lembah Klang sahaja.

Selain daripada promosi selama tiga hari ini, Grab juga akan menawarkan promosi dari 29 Julai hingga 31 Ogos kelak, dimana pengguna boleh menikmati diskaun RM5 apabila melakukan tempahan durian melalui GrabFood menggunakan kod MOREDURIAN, atau diskaun RM5 apabila membuat pembayaran menggunakan GrabPay ketika membeli barangan berperasa durian.


TIPS & ULASAN