MSI GT76 Titan Dilancarkan Di Malaysia – Dengan Paparan 4K Pada Harga RM20,999
MSI

MSI GT76 Titan Dilancarkan Di Malaysia – Dengan Paparan 4K Pada Harga RM20,999

Diterbitkan pada July 23, 2019 oleh .

MSI popular dengan penawaran laptop gaming mereka dan kali ini peminat serta mereka yang mencari laptop gaming kini mempunyai pilihan terbaru iaitu MSI GT76 Titan dan juga MSI GE65 Raider.

Kedua-dua model ini membawakan paparan dengan kadar segar semula selaju 240 Hz, menjadikan paparan permainan lebih lancar dan memberikan kesan grafik yang lebih sempurna. MSI GT76 Titan merupakan penawaran terbaru dalam siri Titan, yang mana ia biasanya hadir dalam sifat fizikal yang besar, sesuai dengan spesifikasinya yang berprestasi tinggi.

MSI GT76 Titan hadir dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i9-9900K ataupun i7-9700K yang dipadankan dengan RAM yang boleh dinaiktaraf sehingga 64GB. Kad grafiknya pula hadir dalam dua pilihan, iaitu Nvidia GeForce RTX2080 atau RTX2070. Paparan skrin juga ditawarkan dalam dua pilihan, iaitu dengan model Core i9 yang menyokong resolusi 4K, sementara Core i7 menyokong 1080p 240Hz.

 

Untuk keluarga MSI GT Titan di Malaysia, dua pilihan model ditawarkan iaitu Core i9 yang dijual pada harga RM 20,999, membawakan spesifikasi paparan skrin 4K, kad grafik RTX2080 GPU dan juga 64GB RAM. Terdapat juga versi Core i7 yang menyertakan paparan skrin 1080p 240Hz, kad grafik RTX2070 GPU dan juga RAM sebanyak 32GB RAM yang dijual pada harga RM 14,999.


TIPS & ULASAN