Cari @ Amanz

Selain dari memperkenalkan MSI GT76 Titan untuk pasaran tempatan, MSI turut memperkenalkan satu lagi laptop dibawah siri Raider. MSI GE65 Raider merupakan laptop gaming yang hadir dengan rekaan biasa namun tetap hadir dengan spesifikasi yang tidak terkalah.

Memperkuasakan MSI GE65 Raider adalah cip pemprosesan Intel Core i7-9750H dengan 16GB RAM, storan 1TB NVMe PCIe SSD, dan juga paparan skrin bersaiz 15.6-inci 1080p dengan kadar segar semula 240Hz.

Hanya dua pilihan MSI GE65 Raider ditawarkan dan kedua-duanya membawakan perubahan dari segi kad grafik. GE65 Raider dengan kad grafik RTX2070 akan dijual pada harga RM 9,899 manakala versi dengan kad grafik RTX 2060 akan dijual pada harga RM 8,099.

Sekiranya anda dalam kekangan belanjawan tertentu dan mencari laptop gaming, mungkin anda boleh memilih laptop MSI GE65 Raider kerana ia turut menjanjikan prestasi yang pantas, pada saiz yang mudah dibawa berbanding Titan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd