Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Note 10 Dan Note 10+ Tertiris

Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Note 10 Dan Note 10+ Tertiris

Diterbitkan pada July 24, 2019 oleh .

Dua minggu sahaja lagi Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+ akan dilancarkan di New York. Seperti tahun-tahun sebelumnya, spesifikasi peranti telah tertiris lebih awal kali ini menerusi laman Winfuture yang mempunyai rekod baik mendedahkan maklumat yang sahih.

Kita mulakan terlebih dahulu dengan Samsung Galaxy Note 10+ yang dilengkapi skrin 6.8″ Dynamic AMOLED QHD+, dijana cip Snapdragon 855+/Exynos 9825, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB UFS 3.0 dan bateri sebesar 4300 mAh. Menarik sekali hanya Galaxy Note 10+ akan hadir dengan sokongan kad MikroSD.

Sistem kamera utama menggabungkan sensor 12+16+12+TOF Megapixel. Kamera utama dengan lensa lebar mempunyai sistem tiga bukaan boleh ubah f/1.5+ f/1.8+ f/2.4, Lensa ultra sudut lebar f/2.2 dipadankan dengan sensor 16-Megapixel manakala lensa f/2.1 zum optikal 2X dipadankan dengan sensor 12-Megapixel. Sensor terakhir TOF membolehkan imbasan dunia secara 3D seperti yang ditemui pada Galaxy S10 5G. Kamera hadapan pula sebesar 10-Megapixel.

Bateri peranti sebesar 4300 mAh menyokong pengecasan berwayar 45W dan nirwayar 20W. Masih terdapat fungsi menyokong pengecasan peranti lain PowerShare sekiranya diperlukan.

Samsung Galaxy Note 10

Samsung Galaxy Note 10 pula dilengkapi skrin 6.3″ Dynamic AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 855/Exynos 9825, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB UFS 3.0 dan bateri sebesar 3600 mAh.

Sistem kamera utama menggabungkan sensor 12+16+12 Megapixel. Kamera utama dengan lensa lebar mempunyai sistem tiga bukaan boleh ubah f/1.5+ f/1.8+ f/2.4, Lensa ultra sudut lebar f/2.2 dipadankan dengan sensor 16-Megapixel manakala lensa f/2.1 zum optikal 2X dipadankan dengan sensor 12-Megapixel. Bateri peranti sebesar 3600 mAh menyokong pengecasan berwayar 25W dan nirwayar 12W.

Jelas sekali jika pengguna inginkan peranti yang lebih premium, Galaxy Note 10+ ialah peranti yang menjadi pilihan. Satu kekurangan yang dapat dilihat ialah kedua-dua model masih hanya menyokong zum optikal 2X tidak seperti Huawei P3o Pro yang sudah menyokong zum optikal 5X.


TIPS & ULASAN