Honor Band 5 Dilancarkan Dengan Sensor SpO2 Dan Bateri Sehingga 20 Hari

Honor Band 5 Dilancarkan Dengan Sensor SpO2 Dan Bateri Sehingga 20 Hari

Diterbitkan pada July 24, 2019 oleh .

Semalam Honor 9X dan Honor 9X Pro dilancarkan di China. Pada acara yang sama dua versi penjejak kesihatan Honor Band 5 turut diperlihatkan. Seperti model tahun lalu, Honor Band 5  mengekalkan rekaan skrin dan tali yang nipis yang membuatkannya selesa dipakai ketika bersenam.

Honor Band 5 hadir dengan skrin sesentuh 0.95″ AMOLED beresolusi 120×240 pixel. Dengan sekali caj bateri sebesar 100 mAh boleh beroperasi sehingga 20 hari atau sehingga 6 hari jika nadi dijejak sepanjang masa. Terdapat sebuah pengimbas nadi dan juga sensor SpO2 yang mengesan tahap kepekatan oksigen dalam darah SpO2. Selain itu ia turut boleh menjejak aktiviti sukan seperti berenang, mesin mengayuh, berbasikal dan berlari.

Akhir sekali setiap Honor Band 5 mempunyai kemampuan kalis air sehingga kedalaman 50 meter. Di China model biasa dijual pada harga RMB 189 (~RM 113) manakala model dengan NFC pula dijual pada harga RMB219 (~RM 131).



Paling Popular