Pada hari ini, terdapat beberapa bank yang menawarkan kemudahan untuk membuat pembayaran secara nirtunai melalui aplikasi mudah-alih. Terbaru, AffinBank hari ini telah pun hadir dengan aplikasi untuk memudahkan pembayaran nirtunai tersendiri, dinamakan AffinPay.
AffinPay ditawarkan untuk peranti Android yang menyokong NFC sahaja buat masa ini. Melalui AffinPay, pengguna akan perlu memautkan kad kredit atau debit yang dikeluarkan oleh Visa, dan seterusnya membuat pembayaran dikedai-kedai yang menyokong terminal Visa Paywave melalui telefon pintar.
Dengan penggunaan AffinPay, ia dikatakan lebih selamat, selain pada masa yang sama akan memudahkan anda memantau perbelanjaan anda dengan lebih baik. Disamping itu, AffinPay juga turut menjanjikan beberapa ganjaran kepada pengguna apabila membayar menggunakannya.
Bagi anda yang menggunakan akaun bank Affin, boleh memuat-turun aplikasi AffinPay ini hari ini, dan menggunakannya dalam transaksi nirtunai harian anda.
- Muat-Turun AffinPay untuk Android