Xiaomi Menguji Aplikasi Kecergasan Baharu ‘Mi Health’ – Bukan Pengganti Mi Fit

Xiaomi Menguji Aplikasi Kecergasan Baharu ‘Mi Health’ – Bukan Pengganti Mi Fit

Diterbitkan pada July 24, 2019 oleh .

Xiaomi kini hanya menguji fungsi dan ciri baharu pada peranti mereka melalui MIUI beta versi China sahaja. Ia tidak lagi boleh dicuba oleh pengguna global, kerana Xiaomi ingin pengguna global menggunakan peranti mereka dengan pengalaman penggunaan yang stabil dan baik. Terkini dalam MIUI beta versi 9.7.23, Xiaomi dilihat telah menguji aplikasi kecergasan baharu – Mi Health.

Mi Health dilihat bukanlah pengganti Mi Fit, tetapi lebih mirip kepada Google Fit versi awal dahulu. Ia menggunakan GPS dan sensor lain pada peranti sebagai pedometer. Aplikasi ini turut boleh menjejak kualiti tidur, tetapi tidak pasti bagaimana ia berfungsi. Aplikasi ini turut membenarkan pengguna untuk menetapkan sasaran bersenam dan akan memberi skor BMI berdasarkan data yang direkodkan. Untuk pengguna wanita, aplikasi ini turut menawarkan kiraan kitaran haid.

Aplikasi Mi Health buat masa ini hanya terhad untuk peranti Xiaomi sahaja. Ia tidak boleh dipasang pada peranti bukan Xiaomi, ini kerana ia hanya boleh berjalan dengan sistem MIUI sahaja. Jika anda pengguna peranti Xiaomi yang menjalankan MIUI (bukan custom rom), anda boleh muat turun fail APK di pautan di bawah.

Muat Turun Mi Health Di APK Mirror


TIPS & ULASAN