Cari @ Amanz

Honor baru sahaja melancarkan siri peranti Honor 9X di China semalam, dengan memperlihatkan dua peranti baru iaitu Honor 9X dan Honor 9X Pro. Apa yang menarik pada acara tersebut, Zhao Ming iaitu Presiden Honor telah berkongsi mengenai perancangan Honor untuk produk berasaskan 5G.

Zhao Ming mengatakan bahawa telefon 5G pertama daripada Honor akan hadir bermula siri “V”, sekaligus menimbulkan spekulasi ia bakal hadir pada Honor V30/View30. Siri Honor “V” merupakan antara siri yang menawarkan spesifikasi berkuasa, namun masih dijual pada harga yang berpatutan untuk pengguna.

Beliau melaporkan telefon ini sedang dalam proses pembangunan dan ujian, dan menyasarkan ia bakal diumumkan seawal suku ke-empat tahun ini. Siri Honor “V” juga selalunya diumumkan pada Disember, bermakna, kita mungkin dapat melihat Honor View30 dengan 5G seawal akhir tahun ini.

Walau bagaimanapun, beliau tidak memperincikan sebarang maklumat mengenai rekaan dan spesifikasi yang bakal ditawarkan pada peranti ini. Namun apa yang dapat beliau kongsikan, kebolehan 5G ini akan memberi kelajuan rangkaian yang pantas pada pakej peranti yang bernilai dan mampu-milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd