Cari @ Amanz

Harga Jualan Oppo F11 Pro Dikemaskini – Kini Berharga RM1199

Link Copied!

Kerap kali adalah kurang berbaloi untuk membeli peranti saat ia dilancarkan. Jika anda sabar menunggu, harga jualan akan dikemaskini oleh pengeluar bagi menjadikannya lebih berbaloi dimiliki berbanding peranti keluaran pesaing.  Sebagai contoh harga jualan Oppo F11 Pro versi 6GB RAM dan 128GB storan kini dikurangkan ke RM1199 berbanding harga jualan asal RM1399. Ini adalah lalah kali kedua harga jualan peranti ini dikemaskini sejak dilancarkan pada bulan Mac lalu.

 

Oppo F11 Pro hadir dengan skrin 6.53-inci LTPS LCD, menggunakan cip Helio P70, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan VOOC 3.0. Untuk rakaman gambar, Oppo F11 Pro hadir dengan dwi-kamera belakang 48-megapixel + 5-megapixel, selain kamera swafoto 16-megapixel yang boleh dinaik-dan-diturunkan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Oppo F11 Pro ini di kedai rasmi Oppo seluruh negara.


Komen ()