Cari @ Amanz

Beberapa hari lepas, Vivo telah mengesahkan yang peranti terbaru mereka Vivo S1 akan dilancarkan di Malaysia hari ini. Peranti ini dijana dengan cip pemprosesan Helio P65, mempunyai sistem tri-kamera dan skrin 6.38-inci Super AMOLED FHD+.

Hari ini peranti ini akhirnya rasmi di Malaysia. Ia dijual pada harga RM1099 dengan pilihan warna Skyline Blue dan Diamond Black. Peranti ini mempunyai memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Tetapan tri-kamera menggabungkan lensa utama 16MP f/1.78 + lensa ultra lebar 8MP f/2.2 dan lensa kedalaman 5MP f/2.4.

Peranti ini direka untuk kelihatan seakan sebuah peranti premium. Rekaan panel belakang dengan warna cerun dan menawan. Tetapi ia sebenarnya adalah plastik dan ditangan ia terasa sedikit ringan dan boleh dikenalpasti yang ini adalah peranti kelas pertengahan.

Anda boleh dapatkan peranti ini di Presto, Lazada atau juga Shopee secara pra-tempah dengan tanda harga RM1099 sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd